2018年9月21日星期五

BAB 1: SEJARAH AWAL NEGARA

DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA

SEJARAH AWAL NEGARA

NAMA PENSYARAH: ENCIK NOOR FHAKURULZEE ABD TALIB

KELAS: DGU1-S1

               AHLI KUMPULAN                                                                      NO.PENDAFTARAN
               FLORENCE SCHOLASTICA ANAK RICKY                               05DGU18F1021
               CHAI YAN RU                                                                                 05DGU18F1022
               JOAN JOANNA ANAK SMITH                                                     05DGU18F1027
               JOSHUA ANAK JUGO                                                                   05DGU18F1030
               BIBIAN IMU RIANG                                                                      05DGU18F1036


Penghargaan 


Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Noor Fhakurulzee Abdul Talib, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia(DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Selain itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak , tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

1.0  LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA

Sejarah awal negara ini telahpun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi. Di Malaysia, kewujudan zaman paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu. Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan, Perak, Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah. Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman mesolitik, zaman logam hinggalah zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang pesat di tanah air sejak sebelum masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama. Perkembangan ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukkan pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam.


1.1 KERAJAAN-KERAJAAN MELAKA


1.1.1 KERAJAAN MELAKA


Kesultanan Melayu tertua di dalam sejarah Malaysia adalah Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Perak merupakan antara kerajaan lain yang telah wujud pada zaman pra-Islam. Selain daripada Tanah Melayu, terdapat juga kemunculan kerajaan lain seperti Kerajaan Funan, Sriwijaya dan Majahpahit. Kerajaan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang telah berpusat di Palembang, Sumatera. Kerajaan tersebut telah muncul pada abad ke-7 hingga abad ke-13 Masihi.

Antara Kerajaan Melayu yang wujud sebelum kelahiran Melaka:

Funan
Majapahit
Langkasuka
Sriwijaya
Khamer
Kutai
Gangga Negara

Pengasasan Kesultanan Melaka.

Melaka telah diasaskan pada awal abad ke-15. Kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit. Serangan ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya berundur ke Temasik. Temasik atau dikenali sebagai Singapura pada masa itu telah mempunyai politiknya yang tersendiri. Ianya bernaung di  bawah kerajaan Ayudhya, Siam.
Setelah berjaya menewaskan penguasa pulau, Parameswara pun bertakhta di Singapura. Pada tahun 1398 pula Ayudhya membuat serangan balas ke atas Singapura. Sekali lagi, Parameswara dan pengikutnya mengundur diri. Namun kali ini mereka mengundur diri ke Semenanjung Tanah Melayu. Pada mulanya baginda bertapak di muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.

Faktor-faktor Kegemilangan Melaka.

I.  Faktor semula jadi atau Geografi.
Dari segi aspek perdagangannya, ianya berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia waktu itu, di antara benua India dan benua China. Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’. Kemasyuran perdagangan Melayu Melaka juga dipengaruhi kekayaan sumber asli persekitarannya. Sumber kayu-kayan ini berpotensi untuk menghasilkan kayu wangi, damar dan rotan. Hubungan masyarakat orang asli dengan orang Melayu melalui sistem pertukaran barang jelas menunjukkan bahawa perdagangan tradisional telahpun terjadi sebelum wujudnya pelabuhan antarabangsa di Melaka. Persisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau. Disebabkan kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung  oleh Sumatera, hasil laut juga mudah didapati. Contoh hasil laut yang mudah didapati adalah seperti siput, kerang dan tiram mutiara.

Faktor semula jadi yang menyumbang kepada pengukuhan Melaka:

i. Kedudukan Geografi
ii. Angin Monsun
iii.  Sumber Asli- Bumi,Hutan dan Laut
iv. Orang Laut

II. Faktor Ekonomi
Oleh kerana Melaka terletak ditengah-tengah jalan perdagangan, Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar. Rempah, rotan, kayu dan damar telah menjadi barangan yang penting pada waktu itu. Hasilnya Melaka muncul sebagai pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai perlabuhan entreport yang maju dan berjaya.

III.  Faktor Politik dan Pentadbiran

Melaka memperoleh perlindungan politik disebabkan oleh hubungan rapatnya dengan negara China. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam yang kuat pada waktu itu. Melaka mempunyai ciri-ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap terutama sekali dengan adanya penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Sistem undang-undang seperti HUKUM KANUN MELAKA dan UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun termasuklah sistem cukai dan jual belinya.

1.1.3 PENGASASAN KESULTANAN-KESULTANAN MELAYU LAIN 



PERAK 

-Perak telah terbukti dengan penemuan pelbagai artifak yang daripada kajian arkeologi seperti kota tampan ,gua badak di lenggong ,gua kerbau  di sungai siput dan juga gunung Churau di Ipoh.
-Dalam catatan SULALTUS SALATIN tentang kewujudan kerajaan tua iaitu di perak seperti dinding dan beruas.
-Perak pernah dikatakan sebagai sebuah negeri bernama 'gangga Negara' yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 di manjung,perak.

PAHANG
Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama yang di sebut.Pada zaman tersebut ,Pahang juga dikenali sebagai INDERAPURA dan juga Kesultanan Melaka,dikenali sebagai  PURA.Pahang terkenal dengan tapak arkeologi termasuklah gua,gunung ,tebing sungai dan juga kawasan perlombangan yang lama.Malahan juga banyak peralatan pertanian telah dijumpai di dalam tanah seperti pisau,sabit,cangkul,dan pelbagai peralatan besi.Ahli arkeologi percaya bahawa peralatan tersebut dibuat oleh orang dari Zaman Batuterakhir,iaitu dikenali sebagai Zaman Neolitik.

NEGERI SEMBILAN

-Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 yang merujuk pada persekutuan negeri-negeri Minangkabau di semenanjung Tanah Melayu iaitu segamat.-Segamat  terkini telah menjadi sebahagian daripada Melaka,Rembau,Sungai Ujong,Johol dan Jelebu adalah sebahagian dari Negeri Sembilan.-Malahan Pahang dan juga Jelai telah menjadi sebahgaian daripada Pahang.-Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu.



SELANGOR

-Selepas kemangkatan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau pertama (1)iaitu Paduka Sri Sultan Alauddin Ri'ayat Shah Ibni Upu Tendari Burong Daing Rilaga pada tahun 1728.
-Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjado Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau (II) telah dilantik Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah  sendiri.

-sekitar tahun 1730-an,seorang bugis bernama Daeng Mateko telah pun berbaik dengan Raja kecil dari siak yang telah mengaucau ketenteraman di selangor.

-Paduka Sri Rja Chelak datang ke kuala selnagor demi mengamankan kekacauan yang tercetus dan akhirnya Daeng Mateko berjya dikalahkan dan lari ke siak.

-Penduduk Kuala Selangor memohon kepada Paduka Sri Raja Chelak untuk terus menetap di situ.

-Malahan ditolak oleh baginda dan baginda terus menlantik salah seorang bernama Puteranya iaitu Raja Lumu .
-Tidak beberapa lama kemudian baginda meletakkan anakaknda sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor lalu mangkat pada tahun 1745.
-Pengiktiraf Raja Lumu yang sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor terlebih banyak versi tetapi Raja Lumu diiktiraf dan dinobatkan oleh Paduka Seri Sultan Perak pada tahun 1743.

-Hakikatnya Kesultanan Selangortelah dibina pada tahun 1743 dan juga nobat pada tahun 1765 sebagai tanda 'Selangor bebas'.

-Selangor bebas daripada diabwah Empayar Kesultanan Johor-Melaka. 



Terengganu



-Sejarah Terengganu agak kurang jelas pada awalnya,tetapi terdapat catatan berkenaan Terengganu iaitu daripada saudagar Cina,Chao Ju Kua pada tahun 1225 menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.
-'NEGARAKARTAGAMA',iaitu tulisan Prapanca dari Jawa yang mengatakan bahawa Terengganu,Paka,Dungun adalah di bawah taklukan Majapahit pada tahun 1365.
-Kemudiannya Terengganu juga disebut sebagai sebuah negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor.
-Terdapat dua pembesar Johor iaitu Laksamana dan juga Paduka Megat Seri Rama di mana pembesar tersebut dihantar untuk memerintah Terengganu.
-Sebagai pentadbir Terengganu pula adalah di bawah tadbiran Bendahara Hasan.
-Antara nama-nama pentadbir Terengganu ketika itu adalah Tun Zain Indera,kemudiannya anak Tun Zain Indera,Tun Yuan,Tun Sulaiman dan Tun Ismail;Tun Sulaiman sebagai sebagai sultan di Pantai Layang.
-Tun Yuan pula menjadi sebagai Bendahara manakala Tun Ismail sebagai Mnteri Tersat.
-Pengasas Kesultanan Terengganu ialah Sultan Zainal Abidin I. -Dikenali sebagai 'Bendahara Padang Saujana' iaitu Putera Tun Habib Abdul Majid.
-Putera Tun Habib Adbul Majid telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk iaitu perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor.
-pada sekitar 1688 Paduka Raja Laksamanan Wan Abdul Rahman telah dibunuh.
-kejadian tersebut telah berlaku sebelum kedatangan Tun Zainal Abidin  datang ke Pattani.
-Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat kepada Raja Pattani,Phra Nang Chau Yang.
-Pada tahun 1708 Tun Zainal Abidin telah pun menjadi Sultan Terengganu.
-Sultan Zainal Abidn I telah diganti oleh Putera baginda iaitu Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733.
-Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chalek.
-Sultan Mansur I telah menghabiskan 14 tahun memerintah di Riau dan juga pernah terlibat dengan persaingan antara orang melayu dan bugis.
-Sultan Mansur telah digantikan dengan puteranya,Sultan Zainal Abidin II pada tahun 1794 sehingga 1808.
-berlaku peperangan antara Kelantan dan juga Terengganu tetapi Terengganu kalah dan kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. 
-Pada tahun 1831 Sultan Daud telah digantikan oleh Baginda Omar di Terengganu.
-Tetapi Baginda Omar diturunkan takta oleh Tengku Mansur dan melantik Sultan Mansur  II dan seterusnya putera baginda sultan Muhammad,akan tetapi pada tahun 1839 Baginda Omar berjaya merampas semula takhta dengan mengalahkan Sultan Muhammad.
-Baginda Omar telah pun mangakat dan digantikan oleh Sultan Ahmad Shah dan seterusnya sultan Zainal Abidin III.
-Pada tahun 1911 Sultan Zainal Abidin III telah meluluskan 'Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.
-seterusnya takhta kerajaan telah pun digantik oleh Sultan Muhammad Shah II dan juga Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
pelantikkan tersebut tidak mengikut Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu.
-Sultan Ismail Nasaruddin Shah  dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-6 iaitu dari 21 september 1965 hingga ke 20 september 1970.
-Sultan Ismail Nasarudin telah mangkat pada tahun 1979 yang telah diganti oleh putera Baginda Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-PERTUAN MUDA TENGKU MAHMUD.
-Sultan Mahmud teal mangak di singpura dan diganti oleh Sultan Mizan Zainal ABIDIN.

KEDAH

-Negeri Kedah di semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukkan ilmu alamnya yang begitu strategik sekali di rantau ini.
-Negeri Kedah juga mempunyai pelbagai istimewa di mana secara tidak lansung menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilalui,antaranya gua-gua batu kapur dimana tempat tinggal masyarakat zaman prasejarah.
contohnya di daerah Kubang Pasu ,Kota Star dan Baling.
-Negeri Kedah juga boleh  dihubungi melalui pantai timur di setiap negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi sebarang kesulitan.

KELANTAN

-Kelantan mempunyai seni budaya tradisional  yang begitu unik sekali dan mempunyai sejarah tersendiri.
-Terdapat Raja bernama  Raja Ku Umar yang memerintah Kelantan akan tetapi latar belakang Raja Ku Umar belum lagi dikenalpasti asalnya dari mana.
-selepas pemerintahan Raja Ku Umar terdapat lagi penganti-penganti iaitu Sultan Iskandar dimana sampai 1465M.
-kemudian digantik dengan Putera Baginda Sultan Mansur,malah nama Kelantan menjadi masyhur pada zaman tersebut sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah.
-seterusnya Sultan Mahmud Shah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur dimana peristiwa tersebut sangat menarik sekali.
-Sultan Mansur mangkat pada 1526M(928)lalu diganti dengan Raja Gombak ditabalkan sebagai Sultan Gombak.
-Sultan Gombak mangkat lalu cucunda baginda iaitu Raja Ahmad lalu baginda berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara Diraja,selepas itu baginda berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu seorang Puteri yang diberi nama Cik Siti Wan Kembang.
-baginda Sultan Ahmad telah mangkat pada 1589M tetapi puteri pada masa itu baru sahaja berusia 4 tahun
-oleh itu Raja Hussein telah memerintah kelantan kemudian baginda mangkat pada 1610M
-Maka cik Wan Kembang ditabalkan sebagai Permaisuri Kelantan.
-KIJANG adalah lambang kebesaran Kelantan,kijang tersebut di pelihara oleh Permaisuri sendiri dimana Permaisuri kemudiannya menetapkan lambang tersebut yang kekal sampai ke hari ini.
-timbul sebuah kerajaan iaitu berpusat di Jembal di bawah pemerintahan Raja Sakit.
-Setelah baginda mangkat,maka Putera baginda,Raja Loyor ditabalkan sebagai Sultan pada 1649(1059)lalu baginda tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera RAJA SAKIT yang mangkat sewaktu kecil dan seorang Puteri bernama Puteri Saadong
-Puteri Saadong diangkat oleh kerajaan Cik Wan Kembang dan juga kerajaan Loyor.
-Raja Siam telah menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong namun ditolak,maka Puteri berkahwin dengan Raja Abdullah .
-tetapi Sultan Abdullah mangkat akibat tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong selepas diculik oleh Penglima Tentara Siam.
-Puteri Saadong kemudiannya dikahwini dengan janda Raja Abdullah iaitu Raja Abdul Rahim kemudiannya kisah tersebut tidak dapat dikesan lagi.
-Raja Abdul Rahim telah mangkat akibat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi.
-Raja Omar digelar sebagai Sultan Omarpada 1675M(1086)dimana wujudnya Kerajaan Jembal dan putuslah sejarah KERAJAAN MAHLIGAI.
-Raja Omar telah mangkat pada1721M(1132H)lalu baginda Long Bahar ditabalkan menjadi sultan di Jembal.
-Long Sulaiman anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani mempunyai seorang puteraq bernama Long Yunus dan dua orang Puteri  iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang  yang berkahwin dengan Long Deraman putera TUAN SENIK GETING yang memerintah Legeh.
-berlaku serangan berebut takhta dan telah membawa kemangkatan Long Sulaiman.
-Long Pandak iaitu sepupu Long Sulaiman telah dilantik sebagai Raja Kubang Labu dan adiknya Long Muhammad dilantik sebagai Raja Muda.
-Long Pandak telah mangkat pada 1758 kerana telah mangkat di tangan Long Deraman untuk membalas dendam terhadap perbuatan -Long Pandak membunuh isterinya Tengku Tengah Iaitu adik Long Deraman.
-Long Muhammad telah mencetus kan peperangan antara pihak Long Deraman.
-Long Muhammad dan Lonf Deraman telah tumpas dan kerajaan Kubang Labu telah dikuasai oleh YUNUS.
-Long Yunus telah melantik Long Gaffar mejadi Pedana Menteri  untuk memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh ini kerana beliau telah menbantu Long Yunus.
-Dato Maharaja Wangsa diberikan kuasa berbuat dan memerintah Kampung dipanggil Kampung Lundung.
-Pengulu Adas dilantik jadi Penghulu untuk Kampung Kaduk.
-Maka Baginda Long Yunus berjaya menyatukan seluruh pemerintahan negeri Kelantan dengan hanya meletakkan satu pemerintahan pusat sahaja.

1.2 PENDUDUKAN KUASA ASING


1.2.1 PENDUDUKAN PORTUGIS

     Portugis telah menjajah Melaka selama 130 tahun iaitu pada tahun 1511 hingga tahun 1641. Namun, dalam masa yang lama menguasai Melaka, Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya. Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad mengundur diri dan berjaya meneruskan era kesultanan ke negeri Johor dan Perak.

    Apabila Melaka berjaya dijajah ,Portugis menghantar Wizurai Alfonso de Albuquerque ke Kota Melaka untuk melaksanakan beberapa tugas, iaitu:
  • menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka.
  • membina A Famosa untuk mengelak sebarang serangan terutamanya serangan daripada Sultan Mahmud yang ingin menawan semula Kota Melaka tetapi gagal.
    Portugis mempunyai sistem pentadbiran berbentuk militer atau ketenteraan. Kapten Kota Melaka bertugas sepanjang 3 hingga 4 tahun yang dilantik oleh golongan Fidalgo namun Militer Kapten Jeneral berkhidmat 3 tahun yang dibantu oleh golongan Feitor. Sistem pentadbiran Portugis seperti carta yang berikut:


      Selama pemerintahannya, perdagangan Portugis tidak disenangi oleh pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka. Sebabnya ialah:
  • Kapal-kapal pedagang wajib membayar cukai sebanyak  6% hingga 10%.
  • Semua pedagang perlu mendapat pas kebenaran untuk berdagang.
  • Diskriminasi terhadap pedagang Islam.
  • Portugis memonopoli barangan dengan utama dan membeli barangan dengan harga yang murah.
      Perang Tiga Penjuru atau Perang Tiga Segi membawa kemerosotan ekonomi Portugis di Melaka kerana Portugis melibat Perang Tiga Segi yang meletus pada abad ke-16 yang membabitkan 3 pihak iaitu:
  1. Portugis (Melaka)
  2. Aceh
  3. Johor
      Perang ini menyebabkan Portugis jatuh ke tangan British.


1.2.2 PENDUDUKAN BELANDA


       Pada tahun 1559, Belanda tiba di Kepulauan Melayu. Matlamat utama mereka ialah untuk mendapat rempah ratus, buah pala dan kayu cengih. Kepesatan perdagangan telah menggalakkan pedagang-pedagang Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur atau V.O.C pada 20 Mac 1602.

     V.O.C ditubuhkan oleh Belanda adalah bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan memonopoli  peedagang bijih timah. Belanda perlu menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di Alam Melayu supaya mencapai tujuan tersebut.



【LOGO V.O.C】

【BENDERA V.O.C】

BELANDA DI MELAKA


        Pada tahun 1619, Belanda berjaya mentakluki Betawi di Pulau Jawa  dan menjadi pelabuhan alternatif kepada para pedagang dari seluruh dunia. Belanda telah kerap kali membuat serangan ke atas Melaka untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali.

      Setelah menjajah Pelabuhan Melaka, V.O.C menjalankan beberapa dasar untuk menjayakan mereka seperti:
Semua kapal wajib mendapatkan pas kebenaran berdagang supaya berdagang di Melaka.
Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu dengan menandatangi perjanjian dengan raja-raja Melayu.


       Semasa menguasai Melaka pada akhir abad ke-17 hingga ke-18, Belanda telah dikatakan mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu yang berjumlah 500 ribu paun. Pedagang Cina amat minat timah dari Tanah Melayu kerana dikatakan lebih mudah ditempa berbanding dengan timah dari Barat.

BELANDA DI PERAK


     Seawal tahun 1639, Belanda diberi kebenaran untuk menjalankan perdagang timah oleh Sultan Muzaffar Shah II. Setelah menawan Melaka pada tahun 1641, Sultan Muzaffar tidak bersetuju terhadap V.O.C menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak. Perkara ini membuat Belanda tidak berpuas hati membuat tindakan ke atas Perak. Tindakan yang diambil oleh Belanda ialah:
  • menyekat pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di Kuala Sungai Perak.
  • meminta tolong dari Aceh untuk mendapatkan monopoli tersebut namun Sultan Tajul Alam Saifiatuddin hanya memberi kebenaran kepada Belanda untuk berniaga di Perak.
         Pada 15 Ogos 1650, John Truijtman dihantar ke Aceh demi berunding dengan Sultan Muzaffar dan menbina logi. Namun bergitu, loji tersebutb diserang oleh orang Perak dan menyebabkan 27 orang terbunuh dan loji dimusnakan.

      Pada tahun 1655, Truijtman sekali lagi ke Perak untuk menuntut perkara-perkara berikut:
  1. Perjanjian supaya diperbaharui.
  2. Memonopoli bijih timah sepenuhnya.
  3. Menuntut kerajaan Perak demi menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan sebelum ini.
        Pada 20 Jun 1659, Sultan Mahmud menandatangani perjanjian dengan Belanda yang berhak membeli timah dengan harga 30 rial sebahara di Perak. Pada tahun1670, Belanda mendirikan kota di Pulau Pangkor dan diserang oleh Perak pada tahun 1676 dan 1677. Belanda terus mengukuhkan kedudukannya di Pangkor sehingga mengawal laluan perdagangan di Perak. Selepas ini, Belanda berjaya mengaut 450 ribu timah dari Perak ke Melaka.

         Pada 17 Oktober 1765, Sultan Mahmud Syah mendatangani satu perjanjian dengan Everard Cramer yang mewakil Belanda. Perjanjian yang mengandungi 13 fasal menyebut bahawa: 

  • Sultan berjanji membekalkan timah kepada Belanda dengan harga 34 rial sebahara.
  • Sultan bertanggungjawab supaya tidak berlaku penyeludupan dan sesiapa yang melanggar sultan akan ditangkap.
         Ketika takhta dipangku oleh Sulatan Ahmadin Syah Perak, baginda menaikkan harga timah kepada 44 rial sebahara. Namun begitu, pada tahun 1795loji Belanda terpaksa ditutup kerana disebabkan oleh beberapa faktor seperti surat-surat kew dan status V.O.C.

BELANDA DI SELANGOR


        Satu sebahara timah dijual dengan harga 38 rial di Kuala Selangor. Belanda menawar 36 rial sebahara timah di Selangor tetapi harga semasa ialah 39 rial. Pekara ini membuat Belanda tidak berpuas hati dan telah menyalahkan Sultan Selangor sebagai tanggungjawab mempengaruhi pengusaha timah di Perak, Rembau dan Linggi demi menjual timah di Selangor.

       Dalam pertempuran ini, Belanda telah mendatangani satu perjanjian dengan orang Bugis yang menyatakan bahagian Klang, Linggi dan Rembau mestilah menjual semua hasil timah mereka ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda.

          British mengungjungi Kuala Selangor dan mula berniaga kain dan candu ,kemudiannya membeli dagangan timah menyebabkan Belanda bertambah bimbang.

            Peranan Sultan Ibrahim menyatakan:
  1. Seabagai pembekal semua hasil timah kepada British dengan harga yang lebih baik dan tinggi kepada Belanda.
  2. Mengadakan hubungan yang bail dengan British demi mengelakkan ancaman-ancaman kententeraan Belanda.
          Pada 29 Julai 1786, Sultan Ibrahim memaksa menyatakan Selangor memberi kebenran kepada Belanda untuk memonopoli penuh perdagang timah kerana persaingan ekonomi yang meletus antara Johor dan Belanda serta melibatkan Selangor. Melalui surat-surat Kew,Belanda menyerah Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur buat sementara kepada British.

         Setelah Perang Napoleon tamat, British mempengaruhi negeri-negeri Melayu dan memaksa Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda untuk mengagihkan kawasan Alam Melayu kepada dua iaitu sama ada di kawasan Belanda atau British.




1.2.3 PENDUDUKAN BRITISH




 Kedatangan British ke Tanah Melayu




Di Selangor, Sultan Ibrahim mempunyai hubungan dengan pedagang-pedagang British. Kunjungan kapal-kapal British yang kerap ke selangor merupakan faktor penyumbang pertumbuhan perdagangan di Kuala Selangor. Pedagang pedagang menjual kain dan candu dari India. Selepas itu, mereka membeli bijih timah dengan harga yang tinggi. Pada tahun 1778 hingga tahun 1780. sebuah kumpulan pedagang British bernama ‘Syarikat Perniagaan Madras’ yang ditubuhkan pada tahun 1766 telah pergi ke Aceh dan kemudiannya berlayar ke Kuala Selangor untuk memasarkan kain dan seterusnya membeli timah.

Selangor menyambut baik kedatangan pedagang-pedagang British dengan baik. Oleh itu, Francis Light dan James Scott menganggotai syarikat ini berperanan mempromosikan kepada pedagang British yang lain lagi tentang kepentingan pusat-pusat perdagangan di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. British mempergiatkan usaha memonopoli bijih timah dan British juga mendapat lebih kurang 2000 bahara (6000 pikul) timah dari Perak untuk dibawa ke Pulau Pinang.

Memonopoli timah di Selangor dan Perak menjadi tetap apabila termeterainya perjanjian perdagangan antara Sultan Selangor dan Sultan Perak dengan wakil British iaitu Walter Sewell Cracroft pada 30 Julai 1818. pada tahun 1772, syarikat British iaitu Francis Jourdain mendapat kebenaran untuk mendirikan loji di Kuala Kedah daripada Sultan Muhammad Jiwa. Pada tahun 1784, Thomas Forrest berjaya mendapat kebenaran mendirikan banyak gudang dan loji di Kedah dan hal ini menyebabkan Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang. British tidak terlibat dalam pentadbiran pada mulanya kerana hanya memberi tumpuan untuk memonopoli hasil ekonomi. Sikap British berubah apabila usaha memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan terganggu yang menyebabkan British campur tangan dalam penguasaan kawasan perlombongan bijih timah.



CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM POLITIK NEGERI-NEGERI SELAT




CAMPUR TANGAN DI PULAU PINANG



     Pendudukan British di Pulau Pinang bermula dengan British mencari tapak yang strategik di selat melaka. Francis Light menemui Gabenor Jeneral NNS untuk mencadangkan Ujong Salang, namun cadangannya ditolak. Seterusnya Francis Light telah menemui Sultan Abdullah yang pada masa itu menghadapi masalah politik memberi persetujuan untuk memberi Pulau Pinang dengan syarat iaitu memberi bantuan tentera apabila diancam musuh. Sultan dibayar ganti rugi sebanyak 30,000 dolar Sepanyol. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Pulau Pinang.



【 FRANCIS LIGHT 】

PENDUDUKAN SINGAPURA

     Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura kerana mengambil kesempatan terhadap pertikaian antara Tengku Hussien dengan Yang Dipertua Muda Kerajaan Johor. Raja Jaafar menyingkirkan Tengku Hussien daripada diangkat menjadi sultan Johor-Riau selepas sultan Mahmud mangkat. Tengku Abdul Rahman pula mengisi jawatan tersebut dan Tengku Hussien menerima pelawaan Stamford Faffles dan Tengku Hussien dilantik sebagai Sultan Singapura dan Johor. British dibenarkan menjadikan Singapura sebagai pangkalan tentera dan perdagangan.


【 STAMFORD RAFFLES 】


CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

     Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu mempunyai dua faktor iaitu faktor ekonomi dan faktor politik.
     Dalam faktor ekonomi adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil-hasil dagangan utama dapat berjalan dengan lancar. Selain memonopolikan hasil-hasil dagangan, telah berlaku juga prkembangan Revolusi Perindustrian iaitu proses mengetin makanan yang memerlukan hasil bijih timah.
     Dari segi dorongan politik pula, Britian sangat terpengaruh dengan dasar liberial dan perdagangan laissez-faire. Selain itu, dasar imperialisme mulai merebak di Britian dan menyebabkan kuasa asing masuk dengan mudah melalui persahabatan dan perhubungan perekonomian dengan raja-raja melayu.

CAMPUR TANGAN DI SELANGOR

     Pembesar-pembesar akan mengutip cukai yang merupakan pendapatan utama mereka kebiasaannya. Perbuatan ini telah menjadi satu tradisi. Semasa kapal yang melalui muara sungai itu enggan membayar cukai, mereka akan dipaksa membayar cukai, mereka akan dipaksa untuk bayar dan dianggap sebagai rompakan atau pelanun. Ramai pedagang dan orang British menyampaikan aduan rompakan kepada Andrew Clark.
     Pada bulan Jun 1871, sebuah kapal saudagar cina dari Pulau Pinang bernama Kim Seong Cheong dirompak di kawasan Raja Mahadi. Oleh itu, British menghantar angkatan tenteranya yang mempunyai 2 kapal perang iaitu Pluto danRinaldo untuk menggempur kubu Raja Mahadi.
Andrew Clark menempatkan Frank Swettenham dari Singapura sebagai pegawai tadbir awam NNS san Singapura untuk sekaligus melindungi sultan dan kerajaan Selangor. British meletakkan Selangor di bawah naungan kerajaan British mngikut suratnya yang bertarikh Oktober 1874. seorang residen berjaya ditempatkan di Selangor. Selain itu, pelantikan J.G. Davidson sebagai residen pertama manakala Frank Swettenham dilantik sebagai penolong residen.


【 ANDREW CLERK 】




【 FRANK SWETTENHAM 】


CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG

     British telah campur tangan di Sungai Ujong melalui persaingan yang wujud antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar yang bertujuan untuk menguasai kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi.
     Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British dan menerima seorang residen British. Datuk Kelana telah diiktiraf sebagai pemerintah sah Sungai Ujong. Melalui perjanjian 16 September 1874, Datuk Kelana diberi seorang penolong Residen iaitu W.I. Tatham. Setelah dikalahkan, Datuk Bandar tidak lagi campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Sungai Ujong.



【 DATUK KELANA 】



CAMPUR TANGAN DI PERAK

     Negeri Perak merupakan negeri melayu yang terawal menerima penjajahan British. Hal ini kerana telah wujud perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap cina. Sultan Abdullah yang telah mangkat diganti oleh Sultan Jaafar.
     Raja Yusof yang sepatutnya menjadi raja bendahara tetapi disingkirkan dan Raja Ismail dilantik memegang jawatan raja bendahara. Apabila sultan Jaafar mangkat, Raja Yusof dinaikkan jawatan yang lebih tinggi kerana Raja Abdullah dilantik sebagai raja muda.
     Perjanjian Pangkor pada 20 Jan 1874 antara kerajaan British dengan kerajaan Perak. Sistem residen pertama wujud di Perak pada tahun 1875. J.W.W Birch dilantik menjadi residen pertama di Perak.


【 J.W.W BIRCH 】


CAMPUR TANGAN DI NEGERI SEMBILAN

     Campur tangan di Negeri Sembilan berlaku apabila Sir Fedrick Weld menguasai daerah-daerah di Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1888, hanya daerah tampin yang belum dapat ditebusi oleh British. Dengan adanya pengaruh dari daerah Rembau, daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Seri Menenti.
     Gabungan ini bersetuju menerima Martin Lister sebagai Residen British. Gabungan ini bertambah besar apabila sungai ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta dan menerima Martin Lister sebagai residen British.



【 MARTIN LISTER 】


CAMPUR TANGAN DI PAHANG

     Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmaddengan Wan Mansur pada tahun 1884. Wan Ahmad mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Pahang dan melantik Puteranya Tengku Mahmud sebagai pewaris takhta.
     Frank Swetteham dihantar ke Pahang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Usaha Frank Swettenham gagal, namun bermula daripada peristiwa itu British terus mendesak Sultan Ahmad untuk menerima seorang residen. Pada 8 Oktober 1887, Sultan Ahmad menerima seorang residen pertama Pahang iaitu John Pickersgill Rodger.

SISTEM PENTADBIRAN DI ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS




SISTEM RESIDEN




     Sistem residen turut diterima oleh negeri Selangor, Perak, Pahang dan negeri Sembilan. Jawatan residen merupakan satu strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-negeri Melayu.
     Seterusnya, membolehkan Bitish lebih berkuasa terhadap negeri-negeri melayu dalam pemerintahan dan ekonomi tanpa menanggung beban belanja tambahan dan tanggungjawab sepenuhnya yang dilakukan oleh NNS.
     British ingin mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang teratur. Sistem residen membolehkan British mengeksploitasi sumber semulajadi negeri-negeri melayu.

NEGER-NEGERI SELAT (NNS)


     Antara negeri yang terlibat dalam pembentukan negeri-negeri selat ialah negeri Melaka, negeri Pulau Pinang dan negeri Singapura. Pada tahun 1826, kesemua negeri tersebut disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dinamakan negeri-negeri selat (NNS).
     NNS diletakkan di bawah unit pentadbiran Residensi NNS dan Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama NNS. NNS diketuai oleh gabenor pada peringkat pusat dan dibantu oleh sebuah majlis yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai awam. Gabenor yang pertama ialah Robert Fullerton.
     Setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular. Pada tahun 1830, NNS telah dijadikan sebuah Residensi Benggala. NNS telah dijadikan wilayah pentadbiran Tanah Jajahan Makhota dan sistem ini menyebabkan Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)

     Pada tahun 1895, sistem residen semakin kukuh di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Oleh itu,British telah menubuhkan NNMB melalui perjanjian persekutuan yang meliputi keempat-empat negeri tersebut. Penubuhan ini dikuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai1896 dan NNMB diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor NNS manakala Gabenor bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi British di London. Residen pertama ialah Frank Swettenham.
     Kuasa pentadbiran dibahagikan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Sebuah majlis yang dikenali sebagai Durbar ditubuhkan. Majlis ini merupakan sebuh persidangan yang dihadiri oleh Raja-raja Melayu bersama-sama pegawai British untuk membincangkan kepentingan NNMB.
     Faktor penubuhan NNMB ialah dari segi masalah kewangan di Pahang. Penentangan pemimpin-pemimpin tempatan di pahang yang menyebabkan banyak kerosakkan. Akibat daripada penentangan ini telah menelan belanja yang banyak dari segi peralatan senjata dan bekalan makanan tentera. NNM yang kaya seperti Perak dan Selangor dapat membantu Pahang menyelesaikan masalah kewangannya.
Manakala dari segi kelemahan Sistem residen ialah residen mentadbir hal ehwal pertanian, perlombongan, sistem cukai dan isu-isu lain dengan cara mereka sendiri kerana tiada garis panduan untuk menjalankan pentadbiran dan membentuk pentadbiran yang seragam. Gabungan ini dapat mengawal kuasa residen yang mengatasi kuasa Gabenor British yang berpusat di Singapura.
Faktor yang terakhir ialah mengurangkan belanja untuk pentadbiran. Sistem pemerintahan berasingan yang membahagikan negeri- negeri Melayu kepada wilayah masing-masing menelan kos yang banyak. Gabungan ini dapat menyelaraskan sistem pentadbiran dan memperbaiki  sistem perhubungan antara negeri tersebut.
Anggota yang terlibat dalam sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan ialah, Pesuruhjaya Tinggi yang menggantikan Gabenor NNS. Selain itu anggota yang turut terlibat ialah Residen Jenera yang berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang mempunyai empat orang raja melayu turut terlibat dalam sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan. Akhir sekali ialah empat orang residen british termasuk empat orang ahli tidak rasmi iaitu penjaga.

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)



     Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dibentuk pada tahun 1909. apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok, 4 buah negeri yang sebelum ini terletak di bawah nangan kuasa Siam iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada British. Oleh itu, Penasihat British telah diletakkan di setiap negeri tersebut.
     Raja melayu mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidak berkuasa  berbanding kuasa Residen NNMB. Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB sehingga Perang Dunia Kedua. British gagal menggabungkan NNMTB dengan NNMB kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di NNMBT.


1.2.4 REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH


PENENTANGAN DI NANING



  • Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824. 
  • Melaka diletakkan di bawah kekuasaan British.
  • British mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka mengikut Perjanjian British-Naning tahun 1801.
  • Gabenor Fullerton berfikir bahawa penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British di Melaka dan hal ini menyebabkan penduduk tempatan berasa marah kerana mereka membayar kadar 1/10 sebelum ini hanya sebagai tanda persahabatan dan naungan, bukanlah sebagai sebahagian daripada wilayah British.
  • Cadangan pegawai British ditentang oleh Dol Said,Abdul Said iaitu Penghulu Naning. Kemarahan Dol Said dan pengikut-pengikutnya terhadap British juga disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:

  1. Pengenalan Peraturan 42, ‘Peraturan Penghulu’
  2. Siap Pegawai British, iaitu W.T Lewis
  3. Isu sekatan pemerintahan,tanah dan hamba


  • Perang Naning tercetus pada Julai 1831.
  • Dol Said diisytiharkan sebagai pemberontak pada 15 Julai 1931.
  • Dol Said ditangkap dan pengikutnya dipaksa supaya menerima cadangan British.
  • Dol Said berjaya menumpaskan tentera British dan pada tahun 1832 Dol Said menyerang semula namun kali ini beliau mendapat sokongan daripada penduduk Rembau, Seri Menanti dan Sungai Ujong yang berjumlah kira-kira 1,400 tetapi mereka tumpas dan akhirnya, Naning diisytiharkan sebagai sebahagian daripada wilayah  Melaka lalu pada bulan Februari 1834, Dol Said menyerah diri dan beliau dibenarkan untuk menetap di Melaka.


【Dol Said】


PENENTANGAN DI SELANGOR 



Tahun 1849

  • Kemangkatan Raja Sulaiman 
  • Raja Abdullah dikurniakan daerah Klang oleh Sultan Selangor dan mengabaikan hak Raja Mahadi iaitu anak Raja Sulaiman
  • Ini menyebabkan terjadinya permusuhan antara dua kelompok 

Tahun 1867

  • Raja Abdullah berjaya diusur dari Klang oleh Raja Mahadi
  • Permusuhan ini berterusan sehingga ke anak cucu mereka

Tahun 1868

  • Tengku Kudin dilantik sebagai Wizurai Selangor oleh Sultan Selangor untuk menghentikan permusuhan ini
  • Tengku Kudin menyokong tindakan Raja Ismail dengan membantu beliau merampas semula Klang pada 1870
  • Pihak British juga turut campur tangan dalam memberikan sokongan kepada Raja Ismail dan Tengku Kudin
  • Tentangan terhadap Raja Mahadi bertambah

PENENTANGAN DI PERAK


  • Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Februari 1874, melalui fasal 6 dan 10
  • J.W.W. Birch telah dilantik sebagai residen Perak
  • Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Melayu tidak memberikan kerjasama kepada J.W.W. kerana kebanyakannya tidak suka dengan tingkah laku beliau
  • Sikap tidakpuas hati mereka  terhadap Sistem Residen dan sifat peribadi J.W.W. Birch telah membawa subahat dalam kalangan pembesar Melayu untuk membunuhnya
  • Sultan Abdullah dan Raja Ismail menghantar senjata kepada Dato’ Maharaja Lela
  • Dato’ Maharaja Lela mengarahkan Pandak Indut dan Seputum untuk membunuh Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875 
Penentangan di Perak disebabkan faktor-faktor yang berikut:
  1. Pendapat tentang fungsi residen yang berbeza
  2. Kerajaan British dan Birch menyekat hak mengutip cukai
  3. Kerajaan British menggunakan Birch untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British pada tahun 1875.Antaranya termasuklah :
i.Menghapuskan sistem pengabdian hutang, iaitu seseorang menjadi hamba kepada pemiutang kerana tidak mampu membayar hutang.
ii.Memberikan perlindungan kepada hamba-hamba yang lari daripada tuannya.
Sikap peribadi Birch itu sendiri
i.tidak mengambil kira perasaan pembesar-pembesar Melayu
ii.tidak boleh berbahasa Melayu
iii.sangat kasar
iv.pernah memalukan Dato’ Sagor dengan melucutkan senjata pembesar di kampungnya sendiri sedangkan amalan tersebut ialah lambang keperwiraan  Melayu

  • Keberanian dan sikap sanggup berkorban penduduk tempatan sangat menonjol
  • 15 November 1875
i.British telah menyerang Pasir Salak
ii. Kejadian itu berlaku kerana kes pembunuhan Birch
  • 20 Januari 1877
i.Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Seputum telah digantung di Matang
ii.Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim bersubahat dan dibuang negeri ke Pulau Seychelles

PENENTANGAN DI PAHANG


  • Pahang dikehendaki menerima seorang wakil konsul British, iaitu Hugh Clifford 
  • Pelbagai pembaharuan cuba dilaksanakan oleh beliau seperti penepatan garis sempadan daerah untuk mengawal kuasa pembesar dan pembentukan undang-undang bertulis yang lebih moden
  • Pegawai British pertama yang memegang jawatan residen di Pahang ialah J.P. Rodger, pada bulan Oktober
  • Kuasa residen ini mengatasi kuasa wakil konsul
  • Pembesar  dan rakyat jelata menentang sistem residen 
  • Terjadinya pemberontakan di bawah pimpinan tiga orang tokoh iaitu Dato’ Bahanam, Tok Gajah dan Mat Kilau pada tahun 1891
  • Faktor-faktor pemberontakan:
  1. Kehilangan kuasa dan keistimewaan sultan serta pembesar-pembesar Pahang khususnya dengan pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri.
  2. Kerajaan British telah memperkenalkan Undang-undang Tanah sementara sistem kerah dan hamba abdi turut dihapuskan.
  3. Pembesar-pembesar Melayu tidak booleh lagi menghakimi kes-kes jenayah dan civil.
  4. Dalam Majlis Negeri pula, segala keputusan  penting dibuat sepenuhnya oleh Residen British.
  5. British turut menggantikan penghulu-penghulu tradisi di enam buah daerah di Pahang dengan  para pegawai British.
  6.  Sultan Ahmad, Datuk Bahaman dan Tok Gajah tidak puas hati kerana British memaksa Sultan   Ahmad menandatangani surat penyerahan kuasa kepada anaknya ,Tengku Mahmud.
  7. Rakyat Pahang tidak puas hati kerana British telah memperkenalkan sistem lesen dan permit bagi masyarakat yang ingin  memungut hasil hutan.
  • Disember 1891, rakyat dan pembesar-pembesar Melayu memberontak kerana tidak puas hati
  • Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah mengetuai kebangkitan tersebut
  • 1892, penentangan kali tidak pertama berjaya dan Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan 
  • 1894, perang kedua tercetus 
  • 1895, Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya tewas
  • Beliau dan pengikut-pengikutnya menyerah diri kemudian melarikan diri ke Siam
  • Tok Gajah dan Mat Kilau membawa diri ke Terengganu 

PENENTANGAN DI KELANTAN 


Perjanjian Inggeris-Siam tahun 1909
  • Kuasa Siam ke atas Kelantan diserahkan kepada kerajaan British
Julai 1909
  • James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan
  • Dipimpin oleh seorang pedagang tempatan, iaitu Haji Mat Hassan bin Munas,Tok Janggut
  • Pemimpin lain seperti Engku Besar Tun Ahmad Jeram, Haji Said Cherang, Encik Adam, Encik Ishak dan Khatib Abu Bakar.

PUNCA-PUNCA PENENTANGAN DI KELANTAN


a) Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
  • Beliau kehilangan punca hasil pendapatan utama
  • Beliau terpaksa pula membayar cukai
  • Menyertai penentangan Tok Janggut 
  • Penghulu-penghulu yang lama turut diganti dengan yang baharu
b) Pengenalan Sistem Tanah Baru 1915
  • Orang arami perlu membayar sewa tanah yang tetap
c) Pengenalan cukai hasil pertanian dan penternakan
  • Cukai dikenakan terhadap setiap hasil utama penduduk Kelantan
d) Sikap Pegawai Daerah Pasir Putih
  • Che Abdul Latif ialah seorang yang kasar dan terlalu tegas
  • Beliau pernah mencaci pembayar-pembayar cukai yang lambat
⤇1928, berlaku ‘Pemberontakan Tani’ yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid 
⤇Melibatkan sebahagian besar golongan petani
⤇Peristiwa pemberontakan berlaku pada zaman pemerintahan ⤇Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah
⤇Antara faktor penentangan:
⤇Cukai kepala dikenakan kepada rakyat manakala cukai dikenakan ke atas tanah dan hasil tanah
⤇Kerajaan British memperkenalkan sistem pendidikan Barat
⤇Kerajaan British juga memperkenalkan ‘Pas Kebenaran’ yang membebankan rakyat
⤇Lain-lain peraturan baru juga diperkenalkan
⤇21 Mei 1928, faktor-faktor di atas telah menyebabkan kebangkitan orang Melayu dengan menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang namun berjaya ditumpaskan oleh kerajaan British
⤇Haji Abdul Rahman Limbong telah dibuang negeri ke Makkah
⤇November 1929, beliau meninggal dunia
⤇Beberapa pengikutnya dipenjarakan


PENENTANGAN DI SARAWAK


  • Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke sebelum Perang Dunia Kedua
  • Beberapa pemberontakan berlaku antaranya:
  1. 1853, penghapusan amalan pemburuan kepala yang menjadi tradisi orang Iban
  2. Kumpulan Dayak Laut menyerang kubu kerajaan
  3. Rentap berjaya membunuh seorang pegawai British
  4. Rentap cuba dibunuh oleh James Brooke namun gagal tetapi kubu Rentap berjaya dimusnahkan
  5. 1859, Sharif Masahor dan Abdul Ghapur serta pembesar-pembesar tempatan berjaya membunuh dua orang pegawai British 
  6. Charles Brooke membuat serangan balas 
  7. Abdul Ghapur dibuang negeri ke Singapura
  8. Sharif Masahor melarikan diri ke Brunei
  9. 1860, Sharif Masahor cuba menyerang Kuching namun gagal
  10. Shafif Masahor turut dibuang negeri ke Singapura


【PAHLAWAN RENTAP】



【SHARIF MASAHOR

  • 1893, Banting menyerang tentera Brooke di hulu Sungai Batang Lupar
  • Charles Brooke cuba menghapuskan adat dan tradisi tempatan 
  • 1908, Banting berjaya ditewaskan
  • 1920, Penghulu Asun menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sungai Kanowit 
  • 1932, menyerah diri lalu dibuang negeri ke Lundu 

PENENTANGAN DI SABAH


⤇Sabah ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British sebelum Perang Dunia Kedua
⤇Terjadinya, penentangan oleh dua pemimpin
  1. Kebangkitan Mohamed Salleh
  • Anak seorang pembesar
  • Berketurunan Bajau serta Sulu
  • Pedagang dan juga terkenal sebagai seorang pahlawan
  • Punca menentang British ialah pembangunan oleh British yang banyak menyukarkan rakyat tempatan dan juga sekatan-sekatan terhadap pembesar tempatan
  • 1894, penentangan tercetus di Sungai Sugut
  • Ogos 1895, pasukan British yang diketuai oleh Residen Barrant telah menyerang kampung Mat Salleh
  • Mat Salleh memberontak dengan membakar pekan Pulau Gaya
  • 31 Januari 1900, Mat Salleh akhirnya terbunuh


1.2.5 PENDUDUKAN JEPUN


  • 1932, golongan tentera sudahpun menguasai politik 
  • 1937, golongan tentera ini mula menyerang negara China
  • Jepun bekerjasama dengan Jerman dan Itali untuk menentang Kuasa Berikat
  • Kuasa Berikat dianggotai oleh British dan Amerika Syarikat
  • 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu
  • Februari 1942, Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
  • Faktor-faktor kejayaan Jepun ialah:

  1. Pihak British kurang bersedia kerana mereka menyangka Jepun akan menyerang dari arah selatan tetapi serangan dimulakan dari arah utara
  2. Kelewatan tentera bantuan dari London dan India kerana masalah kewangan
  3. Jepun menyerang melalui jalan laut dan tidak melalui udara
  4. 10 Disember 1941, dua buah kapal British telah ditenggelamkan oleh tentera Jepun
  5. Persediaan tentera Jepun yang lengkap.Tentera Jepun menghantar pengintip untuk mengetahui kedudukan kubu British, landasan kapal terbang dan tempat kem tentera
  6. Tentera Jepun mahir, berpengalaman, mempunyai semangat tinggi dan mempunyai teknik peperangan yang cekap


PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU


  • Memimpin berasaskan sistem ketenteraan
  • Matlamat utama:
  1. Memulihkan keadaan awam dengan mewujudkan pemerintahan ‘Asia untuk Orang Asia’
  2. Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu contohnya Jepun menggunakan hasil ekonomi untuk kepentingan mereka sendiri
  • Antara corak pentadbiran ketenteraan Jepun:
  1. Pentadbiran Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru
  2. Setiap negeri pula diketuai oleh seorang Gabenor Jepun atau Syuchokan yang dibantu oleh Majlis Wilayah
  3. Singapura  yang dikenali sebagai
  4. Ogos 1943, Negeri-negeri Melayu Utara  diserahkan kepada Thai


KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN


  • Memberikan kesan positif dan negatif 
  • Dipecahkan kepada kesan ekonomi, sosial dan politik
  • Banyak penyeksaan yang dilakukan
  • Memberikan berbagai-bagai implikasi kepada penduduk yang berbilang kaum
Kesan sosial
  • Ramai pemuda dipaksa menjadi buruh paksa untuk membina landasan Kereta Api Maut yang menghubungkan negara Thai dan Burma
  • Penindasan terhadap orang Cina 
  • Ramai buruh mati kerana diserang penyakit dan kebuluran
  • Negara mengalami masalah kekurangan beras kerana sistem perdagangan antarabangsa yang kucar-kacir
  • Penduduk juga menghadapi masalah kesihatan kerana kekurangan bekalan perubatan dan makanan yang tidak berkhasiat
  • Layanan Jepun yang berat sebelah kerana kaum Cina tidak diberikan peluang pekerjaan dalam pentadbiran manakala kaum Melayu diberikan hak bekerja menyebabkan perbalahan kaum
Kesan Ekonomi

  • Tanah Melayu mengalami kemerosotan ekonomi pada peringkat individu dan keluarga
  • Perusahaan bijih timah dan getah merosot dan hampir terhenti disebabkan kerosakan dan kemusnahan yang berlaku pada lombong,ladang dan kilang angkara serangan Jepun
  • Banyak barang keperluan utama tidak dapat diperoleh 
  • Nilai mata wang negara jatuh dengan teruk


Kesan Politik
  • Pendudukan Jepun juga telah memberi kesedaran politik kepada masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan
  • Jepun menggunakan propaganda ‘Asia untuk Orang Asia’
  • Orang Melayu dapat banyak peluang dan pengalaman dalam pentadbiran
  • Masyarat tempatan juga mendapat kesedaran tentang kelemahan kuasa pihak British 
  • Pendudukan Jepun telah melahirkan semangat nasiolisme dalam kalangan masyarakat tempatan
  • Kaum Cina menyertai Parti Komunis Malaya


TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN


  • British mengambil masa 14 hari untuk kembali ke Tanah Melayu
  • Parti Komunis Malaya melalui Bintang Tiga cuba menguasai Tanah Melayu dan mencetuskan huru-hara
  • 15 Ogos 1945, tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu
  • ercetusnya insiden pertempuran kaum dan penyeksaan terhadap kaum Melayu
  • September 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha mengawal keadaan 
  • 16 Jun 1948, kekacauan semakin ketara
  • 17 Jun 1948, darurat diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu
  • 23 Julai 1948, PKM hiharamkan
  • 1948-1960, darurat berlaku di Tanah Melayu yang dimulakan oleh PKM
  • Pengganas komunis juga telah merosakkan ladang getah,peralatan dan jentera perlombongan serta membakar kenderaan awam
  • Sir Gerald Templer memperkenalkan sistem pembahagian wilayah kepada kawasan hitam dan kawasan putih
  • Kerajaan British memperkenalkan sistem kad pengenalan dimana rakyat yang berumur 12 tahun wajib mempunyai kad pengenalan
  • Usaha yang diambil semasa darurat ialah pengenalan Rancangan Penempatan Semula
  • Bertujuan menyekat makanan 
  • Diperkenalkan oleh seorang Jeneral British 
  • 1950, beliau dilantik sebagai Pengarah Gerakan 
  • Geralo Templer telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi yang baharu
  • 31 Julai 1960, darurat diisytiharkan tamat 

1.3 Kesimpulan


Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketemadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, kerajaan Melaka setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-negeri melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
     Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Namun, kekayaan ekonomi serta kemajuan dan ketertinggian tamadun adalah antara faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul. 

没有评论:

发表评论